Langit pernah turun sebentar
ia ketuk pintu, ucap santun
"kau perlu segera bersiap"
di balik pintu, lelaki itu tidak tahu
bagaimana untuk menyambut
kerana ini bukan waktu terbaik
menerima tetamu yang asing
lebih lancar untuk berkata dengan
suara yang tidak pernah ada
"aku bukan asing," ia kata,
"sentiasa melihat kau dari jauh."
lelaki tidak kagum, oh langit
kau sentiasa berubah rupa
bermain dengan topeng cuaca
sekejap girang, sekejap rajuk
(siapa yang berani rangkai sahabat
pada benda yang tidak berbentuk?)
tetamu seperti ini tidak patut
muncul di mana-mana keramaian
meski tubuh mahir untuk menari
lutsinar sembunyi, rupa terdedah
lelaki dan langit, perbualan kalah
berhenti dalam ingatan gelita
tentang poin A ke poin B
destinasi berubah destinasi
bertatih ke berjalan ke berlari
semua dalam rona klasik
sama ada ditinggalkan
atau terpaksa mengabai
rasa-rasa yang lebih tahu
untuk ucap selamat jalan
seperti lampau yang terapung
seronok berlegar di atas
berpesta di bibir kau tahu siapa
mencurangi manusia di bawah