Kunantikan denyut gelita
berkabung menentang angin selatan
mendung yang teragak
pada seretan tapak kakimu
di luar pintu
Sepi awal pagi menakutkan
aku terjaga ketika mimpi
tak lagi, tak pernah
bantuku terlena
naratif dan imej tanpa sedar
cukup jauh untuk dikecap
jauh sejauh, dalam sedalam,
aku gagal alami fantasi sendiri
Makaku susun kata
yang terbit dari belekan janggal
buku-buku di rak, mukadepannya
grafik pegun dan judul pendek
entah mahu disebut atau tidak
persis kau yang mahir
untuk ada ketika tiada
Datang atau tidak,
kauiring pesan baik dan buruk.
demi buku-buku di rak,
kata-kataku kekal asing dan terperuk.