Aku tahu kau ada di luar sana.
Ianya aneh— kadangkala aku rasakan kau dekat denganku, dan pada hari yang lain, aku dapat rasakan kau semakin menjauh, semakin susah untuk dicapai. Adakah ianya pelik? Untuk merasai dekat dengan seseorang yang kau belum lagi ketemu? Ada juga pada hari lain aku rasakan yang kau akan terlepas jauh dari aku lantas aku tidak akan bertemu dengan kau langsung.
Apa yang aku tahu adalah Tuhan sama ada telah rancang pertemuan kita suatu hari atau tidak. Ianya tidak ada ruang di antara tersebut, tidak ada kawasan kelabu. Sama ada ia berlaku atau tidak. Aku cukup selesa dengan pengetahuan bahawa takdir kita memilih untuk bersilang di tangan sesuatu yang lebih esa dari diri kita sendiri.
— Noor Shirazie, to him.