Pernah terfikir kenapa orang yang hancurkan diri kita itulah yang akan bahagia pada masa mendatang?
Kawan A kata ianya sebab kita yang ditinggalkan. ‘Cara yang terbaik untuk melaluinya adalah kau lakukannya dulu— tinggalkan mereka dulu.’ Saya tahu dia ambil itu dari Jodi Picoult, ia agak masuk akal. Cuma saya sedikit tak faham dengan proses meninggalkan tersebut; bagaimana kita ingin mulakan dulu? Adakah terdapat waktu tertentu untuk kita dengar loceng amaran secara maya, beritahu kita tentang ancaman selepas? Akhirnya saya tak mampu terima jawapannya tersebut. Ia lebih kepada bagaimana dan bukannya kenapa.
Kawan B pula katakan setelah kita berikan kuasa kepada seseorang ketika ikatan sebelum, ia seolah apabila mereka pergi maka kita akan mula kehilangan diri kita sendiri. Sesuatu yang kritikal datang darinya (dia jenis yang ignorant, heartless bastard) mungkin dari pemerhatian asing yang selalu dilakukan; dia jarang terlibat dalam hal ini. Jadi saya mula memikirkan soal kuasa itu tadi. Bagaimana ia mampu seimbang dengan ego yang sering dampingi kita sebagai talian hayat sejati. Adakah kita terlalu dangkal untuk berikan segalanya kepada seseorang yang bukan diri kita? Mungkin, jika kita tak pernah belajar untuk sayang diri sendiri.
Kedua mereka berikan jawapan yang bernas dalam cara masing-masing, tetapi masih ada yang lopong dalam keinginan saya mencari rungkaian kebenaran ini.
Ia pada hari sabtu lepas apabila saya dapat panggilan dari teman rapat saya ketika sekolah asrama dulu. Kawan rapat adalah istilah yang selamat walaupun secara peribadinya kami pernah keluar berpacaran bersama (sembunyi di sebalik hubungan junior-senior) dan pernah meluahkan perasaan juga masalah masing-masing. Ia hanya sebelah langkah pada kami; menyukai tanpa bergantung. Itu antara kisah berkasih saya yang ultimate kerana dia lakukan apa yang saya lakukan; elakkan dilukai dari awal.
Dia katakan ia terlalu mudah sampaikan kepala kita tak mampu terima dengan idea tersebut; selepas tragedi kehancuran tadi, kita sebenarnya lebih banyak guna masa untuk merungut dan memandang silam, sudah tentu, sambil mendoakan kebangsatan buat mereka.
Seperti menulis lirik lagu atau puisi, itu adalah perkara paling seronok dan mengkhayalkan untuk yang kalah.