"Mungkin sebab ianya lewat malam, atau awal pagi, saya tak tahu mana satu. Mungkin ianya sebab saya harapkan ada baju orang lain untuk dipakai. Mungkin ianya sebab terlalu banyak lagu di dalam dunia ini dan saya agak sedih kerana tak akan dapat dengar kesemuanya. Mungkin ianya sebab segala benda tertimbus dengan salji dan entah kenapa, salji buatkan benda jadi sepi. Mungkin ianya sebab saya mahu menangis kerana saya tak akan berjaya baiki segalanya yang terdesak perlu dibaiki. Mungkin ianya sebab saya, diri sendiri, yang terlalu teruk untuk dibaiki. Mungkin ianya sebab saya selalu merasakan diri ini terperangkap. Tetapi apa-apa perkara yang buatkan saya ingin hidup telah tertanam dalam badan sendiri dan ianya tak akan terus tenang sampailah tangan saya di udara dan saya berlari, berlari tanpa arah dan semua arah sepantas yang saya boleh. Saya hanya mahu berlari, untuk hidup. Mungkin ianya mengkaburkan harapan untuk masa depan. Mungkin ianya cemas remaja, keinginan untuk meloloskan diri. Atau mungkin, hanya mungkin, ianya sebab saya ditakdirkan untuk sesuatu yang lebih dari ini."
— MTQ