Anda, Kopi dan Robert (imbasan)

"Waktu ini kalian akan berjalan dan melihat setiap satu bangunan sambil gelas kopi di tangan bagi memberikan suasana seorang peneroka yang tenang. Kalian dijemput oleh Robert untuk masuk ke dalam setiap bangunan tersebut dan anda akan perasan bahawa ruang di dalamnya terlalu janggal, namun demi sikap santun seorang tetamu, anda akan terima segala rasa yang wujud dari ruang tersebut. What a unique ambiance!, anda kata dalam hati." — Johan

Saya selalu tertanya bagaimana sekiranya saya buang kedegilan dan turunkan ego untuk gunakan kembali apa yang saya belajar dulu ke dalam tulisan fiksi sendiri; berakhir dengan kisah untuk si pembaca berjalan dalam ruang.

Itu apa yang menarik tentang senibina. Saya tak ramah dengan proses rekaannya tetapi untuk duduk dalam sebuah bangunan yang boleh timbulkan pelbagai rasa, itu sesuatu yang saya dambakan. Mungkin itu sebuah apresiasi pada benda tak hidup – pada mesin tanpa ralat tak berjiwa, pada masa yang buat dek dengan rungutan kita, pada kewujudan sendiri dalam 3D – apabila saya bersendirian.

Kisah ini bertapak dengan premis yang mudah; mamat yang masih lagi terikat dengan perasaan lama dan sebagai kawan, saya harus bawanya keluar dari bekas silamnya tersebut. Sengaja saya banyak gunakan sudut kedua bersama si pembaca demi kekuatan yang utuh, kita kena bergabung – orang susah nak move on ni memang leceh. Kita akan meneroka ruang yang dibina Robert dengan latar yang janggal dan aneh, sudah tentu, ditemani kopi di tangan.



Baca cerita penuh di dalam Kopi Lejen: Antologi Cerpen terbitan Lejen Press.