Pegun

Kau muncul kusut
seperti cara lain untuk meraung
dalam dakapan udara yang tenang
dan kau terapung murung
menyebut satu persatu teks halimunan
tentang silam,
tentang semasa,
tentang masa depan,
tentang segala-galanya yang kau ambil
dan dipaksa telan ke dalam
bersisip masa yang
bergerak pegun.

Jasad kau mengembang
jiwa kau mengecut
akal kau merewang,
hati mereput.