“Mereka yang pilih untuk hidup bersatu dalam tragedi
adalah mereka yang mempunyai hati yang dalam dan akal
yang tinggi.”
“Kenapa?”
“Sebab mereka cuba untuk cari jawapan kepada sakit dan luka
mereka – tak akan puas hati selagi ianya tak terungkai dengan logik
dan rasional. Mungkin mereka takut kejadian teruk akan berlaku
lagi sekali, kau tahu, peluang datang dengan risiko; ada untung dan rugi.
Ruginya kadang-kadang terlalu besar berbanding untung.”
“Aku kira mereka itu bijak.”
untuk tak bodoh. Apa yang mereka buat adalah dengan kekal di tempat
mereka tersebut, cuba untuk lali dengan kesakitan yang ada dan terus
abadikan diri dengan membedah tragedi. Mereka tak pernah kisah dengan
penawar.”
“Untuk bedah tragedi dan faham dengan puncanya,
bukan ke itu benda yang bagus?”
“Ia bagus namun kadang kala keinginan mereka tak akan pernah berpuas
hati dengan jawapan yang ada. Sebagai contoh, kau cuba untuk faham
kenapa kau sedih dengan kehilangan seorang kawan. Jawapannya mudah,
sebab dia penting dalam hidup kau. Tetapi kau cuba untuk selam lebih dalam
dan terus bertanya kenapa dia penting dalam hidup kau? Apakah sebenarnya
ikatan kau dan dia terlalu bernilai? Adakah dengan pengorbanan, berkongsi
suka dan duka saja sudah mampu buatkan kau bersedih?”
“Overthink?”
“Ya, mulanya begitu. Mereka cuba merungkai perlahan dan apabila tenaga
mereka mula berkurang, mereka akan pilih untuk berhenti berfikir sebab
ianya memenatkan. Jadi cara terbaik adalah untuk jadi jahil dan tak terlibat
dengan senario yang sama pada masa depan. Kembali ke contoh tadi, kau
akan cuba elakkan berkawan, atau berkawan atas permukaan tanpa
mengiktiraf mereka adalah orang penting dalam hidup kau.”
“Bunyi seperti menyedihkan.”
“Tak bagi mereka. Teorinya mudah; kau tak akan tahu sedih bila kau
tak tahu gembira – elakkan gembira dan kau juga bakal elakkan sedih.
Kekalkan perasaan pada nilai 0 (neutral) dan kau akan selamat.”
“Bagaimana untuk kekalkan perasaan
pada nilai neutral tersebut?”
pada nilai neutral tersebut?”
“Abaikan awam sekeliling – kau hanya wujud pada mereka yang
percaya dan hakikatnya, kepercayaan itu benda yang rapuh dan
hanya bertaut pada kepentingan.”