Aku tahu yang kau telah kehilangan seseorang dan ianya menyakitkan. Kau barangkali hilangnya secara tiba-tiba, tanpa disangka. Atau mungkin kau mula hilang serpihan mereka hinggalah suatu hari, tak ada langsung yang tinggal. Kau mungkin kenal dengan mereka sepenuh hidup kau atau mungkin hampir tidak kenal mereka langsung. Mana-mana pun, ianya tak relevan — kau tak boleh kawal kedalaman luka yang dilakukan oleh jiwa lain ke atas diri kau.
Sebab itu kenapa aku berada di sini adalah bukan untuk beritahu kau yang esok adalah hari yang baru. Yang matahari akan terus bersinar. Atau terdapat banyak lagi ikan di dalam laut. Apa yang aku akan beritahu kau adalah ini; ianya okay untuk disakiti sebanyak mana yang kau lalui. Apa yang kau rasakan bukan sahaja sahih sepenuhnya tetapi ianya perlu — kerana ia akan jadikan kau lebih manusia. Dan walaupun aku tak boleh janjikan ia akan jadi lebih baik dalam masa terdekat, aku akan beritahu yang ianya akan pulih — akhirnya. Untuk masa sekarang, apa yang kau boleh lakukan adalah ambil masa kau sendiri. Ambil masa sebanyak mana yang kau perlukan.
— Lang Leav