“Aku bukan taknak mendongak terus dan pandang depan, aku cuma sakit dengannya. Matahari tak pernah bersimpati, sinarnya saja merosakkan mata. Jadi, bila waktu dia tanya aku tentang masa depan dengannya, aku tak mampu berkata apa melainkan tunduk dan buat muka. Aku lebih memilih untuk selesaikan hal-hal terdekat. Dia kata aku seorang yang hidup dalam waktu semasa – dengar perkataan tersebut, aku tak rasa ada apa-apa kesalahan tentangnya dan rasanya semua orang perlu seperti aku. Sebelum lihat esok, lihat dulu sekarang. Sebelum impi kaya masa depan, raikan dulu miskin sekarang. Mereka akan baling batu berbalut kain putin dengan tulisan merah menyala mamat-takde-wawasan kelilingnya dan menjerit hina. Aku tak takut kerana mereka tak faham, mereka tak akan faham. Apa yang aku faham dari apa yang aku lalui, apa yang aku rasa; masa depan bukan berlian harapan, ia debu ancaman.”
— Andou T