Kafe Penjara Diri (Imbasan)

"Aku tak hirau dengan apa yang dikatakan orang tua tersebut. Barangkali dia sedang mengungkap kembali peristiwa – suka, duka, kejayaan, tragedi – ketika sedang membaca surat khabar. Seperti membaca buku, hati kita terus terikat untuk tahu dan berdamping dengan kisah yang dibawa. Malangnya akal kita terabai dan dia mula merewang untuk mencari sesuatu untuk berteman; memori. Aku baca buku dan 80 peratus dalam masa aku membaca, aku perasan akal aku sedang berdansa mengelilingi unggun api sambil memegang tangan memori." — Daus

Selepas selesai pengajian di universiti, Daus sentiasa habiskan masa ke kafe kegemarannya untuk pesan karamel latte bancuhan gadis barista bernama Mia. Saudara-maranya merasakan dia mengelak bertemu masa depan dari kematian ibu dan kakaknya – sentiasa berlengah dalam hidup pasca belajar . Berlatarkan kafe tersebut, dia bertemu dengan beberapa awam yang cuba untuk menyampaikan sesuatu (secara tak sedar) kepadanya; dari pemuda dengan masalah campuran budaya, ke Nellydia Senrose palsu, ke orang tua wise.


Baca sepenuhnya dalam antologi cerpen Bidadari Buat Syaitan terbitan Buku Hitam Press.