“Kau tahu apa yang aku nak? Untuk tuhan balas sakit ni semua kat kau dan jadikan dunia kau segelap mungkin. Dia bakal letakkan diri kau pada dasar terdalam tanpa sebarang pertolongan dan kau lemas dalamnya. Sejauh mana kau bertaubat, tuhan akan terus berada di sisi aku dan kami bersama raikan penyeksaan kau di bumi ni atau kalau aku rasa tak puas, mungkin seksa tadi akan terus bersambung ke dunia selepas. Kau tahu kenapa? Sebab tuhan sayangkan hambanya. Tuhan akan faham kesakitan aku perlu dibalas pada kau dengan karma yang infinit dan tanpa akhir. Sedihnya, kau juga merupakan hambanya dan dia sayangkan kau. Maka aku tak akan dapat menikmati kesakitan kau walau berapa banyak air mata dan tangan menadah untuk minta benda tersebut. Mungkin kau tak akan faham kenapa, aku pun sama. Kenapa kau kena dibela selepas apa yang kau dah buat ke aku sebelum? Kenapa kau kena ada hidup yang bagus selepas aku tak tahu di mana aku sekarang? Akhirnya permintaan aku tadi kembali ke aku sendiri – aku terikat dengan dasar terdalam dan tanpa pertolongan.”
— Sadao
— Sadao