“Manusia macam kita akan kejar benda yang paling jauh dan tak mampu untuk kita dapat dengan satu petikan jari. Kau tahu kenapa? Sebab keinginan kita bersatu dengan badan yang sangat terbatas, akal kita tak kenal tu semua dan padam segala kemungkinan buruk dan gantikan dengan ‘macam mana kalau’ – kau ingat tak waktu terakhir kau tanya tu dengan kesudahan yang teruk? Tak, atau mungkin jarang. Kau lebih ghairah untuk tahu kebaikan akan datang darinya.”
Shima kata tersebut dengan senyum sinis yang aku rasa dia bukan dirinya yang aku pernah lihat sebelum. Seolah ada benda yang bersatu dengannya melalui kontrak terlarang. Aku cuba imbas kembali dan selak ingatan perlahan secara kemas, cari segala penyebab atau apa-apa yang berkait dengan dirinya sekarang. Malang, aku tak nampak apa-apa hubungan dengan semalam.
Mungkin silam yang lebih lama dari itu? 10 ke 20 tahun sebelum, siapa tahu?
“Jadi cara terbaik adalah untuk jadi seorang yang total shut-in. Ini bukan soal hikikomori biasa sebab kita tutup segalanya dari terdedah; zahir dan batin. Jadi bayang-bayang sendiri dan berjalan dalam waktu malam yang paling sepi. Itu kemungkinan yang aku rasa paling bagus untuk terus selamat dalam hidup. Kau ingat tiap hari aku senyum dan gelak dan cuba masuk ke dalam zon awam tak memenatkan? Kiranya kau silap. Fikirkan saja berapa banyak daya tenaga yang aku perlu gunakan untuk terus berjaya dalam lakonan tersebut, untuk terus mengagumkan si tuan pengarah – kalau ada perkataan yang aku boleh cakap: celaka diorang dan celaka jugak aku.”
Kami berbual biasa selepas itu dan esok serta hari-hari seterusnya, perbualan ini, ia seolah tak pernah berlaku.