Bagaimana untuk hilang sempurna?
Aku percaya dalam langkah aku bertemu dengan bicara manusia di luar, persekitaran akan terus berhubung – matahari pancarkan cahaya ramah, semak-samun dan pokok rawak sentiasa ketawa dalam bunyi mereka yang pelik, angin terus sentuh kita untuk meneman dalam setiap masa; kita tak akan pernah sepi. Biarlah dalam keadaan paling gelap sekali pun, kita akan bersama mereka yang terus percayakan kita.
Kita tak pernah bersendiri.
Jadi cara terbaik adalah untuk jadi leka – abaikan mereka semua dalam ego yang terdalam dan terbangsat, selagi mana kita mampu untuk berlagak sihat dan kuat sepanjang masa.
Mungkin dalam masa yang terus ke depan, ia agak sukar. Kau pernah tonton bagaimana Russel Crowe (watak John Nash) di dalam filem A Beautiful Mind waktu dia terus bertarung untuk menjadi normal – abaikan mereka si awam yang terus memandang pelik – dalam masa yang sama untuk terus kekal dalam masalah halusinasinya. Kata doktor yang merawat, ia masalah berpunca akal yang kembali menyerang akal. Bayangkan untuk hidup dalam dunia sakit yang hanya kita sendiri tahu – makin lama, kita terus bergantung pada kesakitan tersebut dan mula bercinta dengannya. Kalau kalian tanya aku, ianya sakit yang tak ada permulaan dan secara tak langsung ia tak akan ada pengakhiran. Sedih bukan?
Abaikan mereka dan percaya diri kita hanya satu entiti asing yang merewang dalam mod halimunan. Abaikan mereka dan percaya hanya perspektif kita di dunia ini yang selari dengan kebenaran ulung dalam satu lingkungan alam semesta. Abaikan mereka dan percaya kita ini tak ada bentuk yang tetap – kita terus meluap bersama udara dan memerhatikan awam lain meraikan hidup mereka dalam sibuk yang dahsyat.
Maka kalau kita mencari seseorang untuk diucapkan selamat jalan atau selamat tinggal, jangan cari mereka-mereka di luar sana – mereka tak wujud kerana kita tak wujud (terus berpegang pada idea ini). Kita hanya perlu ucapkan selamat tinggal pada diri kita pada tiap-tiap langkah yang bergerak.

That there, that's not me
I go where I please
I walk through walls
I float down the Liffey.
Jadi cara terbaik adalah untuk jadi leka – abaikan mereka semua dalam ego yang terdalam dan terbangsat, selagi mana kita mampu untuk berlagak sihat dan kuat sepanjang masa.
Mungkin dalam masa yang terus ke depan, ia agak sukar. Kau pernah tonton bagaimana Russel Crowe (watak John Nash) di dalam filem A Beautiful Mind waktu dia terus bertarung untuk menjadi normal – abaikan mereka si awam yang terus memandang pelik – dalam masa yang sama untuk terus kekal dalam masalah halusinasinya. Kata doktor yang merawat, ia masalah berpunca akal yang kembali menyerang akal. Bayangkan untuk hidup dalam dunia sakit yang hanya kita sendiri tahu – makin lama, kita terus bergantung pada kesakitan tersebut dan mula bercinta dengannya. Kalau kalian tanya aku, ianya sakit yang tak ada permulaan dan secara tak langsung ia tak akan ada pengakhiran. Sedih bukan?
In a little while
I'll be gone
The moment's already passed
Yeah, it's gone.
Abaikan mereka dan percaya diri kita hanya satu entiti asing yang merewang dalam mod halimunan. Abaikan mereka dan percaya hanya perspektif kita di dunia ini yang selari dengan kebenaran ulung dalam satu lingkungan alam semesta. Abaikan mereka dan percaya kita ini tak ada bentuk yang tetap – kita terus meluap bersama udara dan memerhatikan awam lain meraikan hidup mereka dalam sibuk yang dahsyat.
Strobe lights and blown speakers
Fireworks and hurricanes.
Maka kalau kita mencari seseorang untuk diucapkan selamat jalan atau selamat tinggal, jangan cari mereka-mereka di luar sana – mereka tak wujud kerana kita tak wujud (terus berpegang pada idea ini). Kita hanya perlu ucapkan selamat tinggal pada diri kita pada tiap-tiap langkah yang bergerak.
I'm not here
This isn't happening
I'm not here, I'm not here.