Ianya bagus bila kita ada pilihan. Macam mana teruk pun kita terbeban dengan keputusan akhir, kita masih punya A, B dan C – tiap satunya berikan kunci pintu yang berlainan. Dan bila kau pilih salah satu, kau buka pintu tersebut dan teroka dalam-dalam. Kau akan lalui dataran padang hijau yang berbunga cantik dan terpesona dengan rerama yang terbang di keliling atasnya. Kau teruskan berjalan sampai dalam beberapa langkah – jauh atau dekat, tak pasti – kau akan ketemu sesuatu yang tak kena. Kau menyesal dan gusar dengan pilihan tadi, toleh ke belakang dan syukur; kau berjalan masuk tanpa tutup pintu. Maka cahaya dari luar bakal menarik kau kembali ke pilihan tadi kembali. Adakah ianya adil untuk menerima pilhan tersebut? Adakah kau akan merosakkan takdir dengan berpatah balik? Ianya tak penting – pengalaman itu sesuatu berharga maka selagi mana kau boleh teroka pintu sampai ke huruf Z sekali pun, kau tetap tak bersalah.
Pilihan wujud kerana adanya peluang dan rugi. Dua benda ini cukup untuk mewujudkan risiko. Risiko berbunyi seperti perangkap namun seperti kata merpati bijaksana, risiko membawa kita ke suatu aras yang tinggi. Hati dan akal berunding untuk menerima sesuatu yang kita tak mampu tolak atau terima. Pelik, namun itulah benda yang bakal penuhkan kehidupan manusia.
Risiko ni ada pain dan ada gain. Gain kau tu boleh buatkan diri kau tak ambil kisah pasal pain, atau lebih kekonon wise; sebaliknya.
Jadi kau mula calitkan satu tanda di mana pintu paling kau gemar untuk teroka dan kau harapkan suatu hari nanti kau tak perlu melangkah untuk pergi – pintu tersebut bakal terbuka sendiri dan menarik kau pantas. Pintu yang sebelum ini kau menyesal buka bakal dibiarkan lama dan minda kau terus menyembah tuhan dengan suatu soalan dengan jawapan yang senang: masa. Kau harap dengan masa bergerak, pintu paling bangsat tadi akan penat menunggu dan mula hilang.
Kau pintu yang paling aku gemar maka teruskan kekal. Oh dan kau pula pintu yang aku benc… tak gemar, maka maafkan aku sebab pernah buka kau sebelum dan tak hargai isi dalam kau.
Pintu bangsat tadi terus terasing dalam fantasi diraikan kau, walhal dalam minda sedarnya dia sendiri faham yang kau tak akan datang untuk sentuh tombol depan.
Sedih? Tak perlu rasa begitu, pintu bangsat ini merupakan salah satu pilihan – barangkali bahan eksperimen dengan nasib malang terulung.