Ianya macam saya tengah baca buku dan saya sangat suka buku tersebut. Tapi saya bacanya dengan perlahan sekarang. Jadi perkataan dalamnya sangat jauh dan ruang antara perkataan tersebut hampir infinit. Saya masih boleh rasakan awak, dan ayat kepada kisah kita. Tapi ianya dalam ruang tanpa batas antara perkataan tersebut yang mana saya tengah cari diri saya sekarang. Ia sebuah tempat yang bukannya dunia fizikal. Ianya di mana terletaknya semua benda lain yang saya sendiri tak tahu ianya wujud. Saya sangat sayangkan awak. Tapi di sini ialah tempat di mana saya sekarang, dan ini ialah siapa diri saya sekarang. Dan saya perlukan awak untuk lepaskan saya. Walau berapa banyak saya inginkan, saya tak boleh hidup dalam buku awak lagi.
— Samantha, Her