“Seorang pengejar matahari perlu faham dengan pancaran cahayanya yang kuat,” Isha beritahu Elma, “dia tak perlu tergesa-gesa dan gelabah.”
“Berapa ramai yang kecewa dengan hasilnya? Mengejar sesuatu yang jauh dari garis realiti. Manusia di bumi, matahari di luar semesta sana. Itu belum lagi cakap mereka yang terbakar bila berada dekat dengannya.”
Sambil membisik rungut dalam hati, Elma memandang hujung ufuk pantai tersebut dan memberi tenungan ramah kepada matahari. Memandangkan dia memakai Wayfarer hip hitam, dia mampu berlagak dengan sinaran kuat yang disebut Isha tadi.
Angin meniup perlahan dan Isha mengalihkan pandangan – sepakat untuk membiarkan mereka berdua berbalah
Elma berjalan ke persisir pantai dan berdiri tepat menghadap matahari tadi yang perlahan menjejak barat bumi. Tersenyum sinis ketara sebelum menghulurkan tangan ke depan.
“Kali ni aku nak ubah keadaan,” ayat mencabar dengan kening tajam, “apa kata kau pulak yang kejar aku?”
Kenapa aku nak kejar kau? Kau terlalu bebas bergerak – tanpa orbit atau paksi. Kau terlalu berkeinginan, maka setiap benda bakal diraih nafsu liar. Kau ada akal yang terlalu bijak, cukup bijak untuk mengelak ilmu lalu menjadi dangkal. Maka beritahu aku Elma, kenapa aku perlu kejar kau dan manusia yang lain?
“Elma hentikanlah. Buat apa kau cabar dia? Kau cukup kecik berbanding dia kau tau?”
Isha mencelah dalam hati. Kiranya dia berharap ayat tadi mampu sampai ke Elma melalui telepati atau naluri Elma sendiri, atau kesedaran yang tanpa sedar, atau sihir iblis terlarang atau apa-apa saja.
“Sebab kau taktau apa maksud untuk bebas! Kau taktau apa maksudnya untuk keluar dari orbit dan pergi ke mana-mana yang kau inginkan!” Elma turunkan Wayfarer dari matanya, rupanya cukup menakutkan, “kau takkan tahu apa maknanya untuk kehilangan sesuatu!”
Kali ini Isha mula faham apa sebenarnya yang mengganggu Elma dari dalam. Dia mula mengimbas ingatan lama tentang Elma dan rakan-rakannya di sekolah menengah. Waktu itu, Elma seorang yang cukup malap jika dibandingkan dengan yang lain. Mengikut setiap gerak-geri dan setuju dengan segala tindakan mereka. Mungkin Elma hanya bayang-bayang yang dalam diam mengharapkan kegelapan abadi kerana itu tiket baginya mengembara ceruk luas.
Aku tak perlu rasakan kehilangan. Hanya mereka yang bodoh akan impikan sesuatu yang tidak kekal. See, manusia terlalu bijak untuk tebarkan tujuan dalam makna perkataan. Macam kau sendiri, katakan sesuatu dengan cara yang paling dalam, cantik, tersusun, untuk aku angguk pada kau Elma. Maaf, disiplin aku ini menjadikan aku kebal dengan keyakinan kau.
Matahari sempat senyum sebelum terbenam sepenuhnya. Elma jatuh melutut. Ombak kecil yang berlegar di persisir pantai menutup kesan air matanya di pasir. Isha hilang dalam pandangan perlahan-lahan, bersatu dengan udara sekitar.
Dunia Elma kini gelap dan walaupun dia sudah mampu untuk bergerak bebas, dia memilih untuk terikat dengan sesuatu dari silam yang matahari tadi tidak sempat nyatakan – penyesalan.