Apa yang seronok bila kau tenung tangan kau sendiri yang sedang berdarah? Sudah tentu ialah apabila waktu tu kau sedar yang kau ini manusia seperti mereka yang lain - bernafas, makan, minum - dan selalunya kau akan hargai luka tersebut dengan membiarkan ia terbuka untuk sekian lama, hingga suatu masa nanti darah tersebut bakal menggantikan kulit kau yang bosan.
Malangnya apabila darah itu keluar, kita akan mula pening dan lemah. Sedih, waktu kau mula nak faham apa erti kesakitan, apa ertinya untuk hadir di badan kau sendiri dan waktu itu juga kita sedang bertarung dengan sedar. Suatu masa nanti, semua akan mula faham bahawa untuk mengawal diri sendiri itu merupakan satu rahmat.
Aku bukan semua.
Oleh sebab itu aku pilih untuk tak meluka dan tak diluka. Aku tak ingin lihat darah aku — apa warnanya, macam mana baunya dan apa rasanya, kerana aku terlalu takut untuk faham dengan diri aku sendiri.
Aku hanya bayangkan satu: darah aku berwarna hijau, likat dan bakal menghakis jika ia dicurahkan ke atas sesuatu objek. Aku sebenarnya bukan manusia tetapi seekor haiwan yang bahaya — tempat aku di sangkar, dan untuk hargai kewujudan sendiri itu merupakan benda paling celaka buat aku dan mereka yang lain.
Tapi difikirkan kembali,
bukankah dunia ini juga sangkar?