Surat layang dari seorang gadis (mungkin awal 20an) yang dijumpai di tepi tangga apartmen.
Saya cukup kecewa dengan kawan lain yang nak kahwin, atau bukan dengan niat sebenar, mereka lebih suka berbual tentang soal kahwin, cinta, kasih dan sebagainya. Apakah mereka itu terlalu lemah untuk bergantung di tangan seorang lelaki yang mengurung mereka dengan impian ‘bahagia’ yang murah? Tempat mereka di sangkar ikatan itu? Lucu! Saya bukan kecewa dengan cinta atau apa, well, saya sendiri pernah berpacaran dengan berbelas orang lelaki dan izinkan saya guna kembali baris drama lelaki semua sama! kerana saya mampu berkata demikian. Jadi apakah mereka tak faham dengan keadaan sebenar selepas kahwin? Tanggungjawab yang datang kemudian dengan bebanan jangkaan liar dan bangun pagi selepas malam sebelum tidur bersama, dan benda lain yang seteruk mungkin.
Jangan katakan saya seorang pesimistic bitch sebab rasa cinta saya wujud sebelum kalian semua kenal erti asas cinta.
Kehidupan dah tertutup lebih awal berdasarkan sistem. Sistem untuk wanita pada akhirnya berkhidmat di rumah dan menutup intelek mereka. Bagi yang pure atau suci, mereka bakal jadi ignorant seumur hidup dengan panji demi abang, sayang akan bantu kehidupan kita, dan bagi yang sedikit celik – mata mereka sebenarnya masih kuyu dan kabur, saya cukup pasti - mereka akan berprinsip kehidupan kita bersama untuk dikongsi maka kita berdua harus bersama menempuh hidup sehingga anak kita, Orked bakal lahir.
Bacaan aku berhenti ketika aku tiba di pintu rumah. Melihat angin sekitar yang agak seronok bertiup, aku abaikan teks selepas dan jadikan surat tersebut sebuah kapal terbang dan campak ke bawah. (aku percaya ia mungkin serpihan dari diari peribadi seorang gadis yang sedang rancak menekan butang kongsi di Facebook tentang soal couple, sayang sebelum kahwin, dan lain-lain mengenai cinta manusia dilarang agama)
Mungkin tulisan itu bakal mengubah dunia dan seperti frasa yang aku selalu baca di laman sosial oleh mereka yang cerdik dan akalnya dahsyat bersinar, kau apa tahu?!