"Bagaimana kau nak tau seseorang tu berbakat?"
Reen pandang Mila dengan mata bulatnya – ingin tahunya serius. Menjadi pelajar sekolah seni dan persekitaran yang penuh dengan awam lain yang memegang hasil seni masing-masing cukup merisaukan. Bagi Reen, paling kurang, dia bukanlah seorang gadis yang kreatif dengan hasil kerja yang mengagumkan. Apa yang wujud di akalnya semenjak dari SPM dulu hanya untuk berjalan dalam pilihan masa depan yang dia telah buat tanpa banyak songeh atau sangsi remeh.
Dengan kerja yang sentiasa berada di aras selamat dan sederhana, ianya 21 tahun apabila dia mula bertanya kembali apa yang dia ingin lakukan? Soalan tersebut hadir selepas dia dengan ibu berbual mengenai masa depannya dan di hujung talian, ibu berkata kau dah dewasa, jangan fikir orang lain, kau just perlu buat apa yang kau nak buat.
“Aku rasakan,” Mila menjawab perlahan, matanya tajam memikir, “mereka yang berbakat ada sesuatu yang kita boleh nampak kat artworks diorang.”
“Hm, maksudnya? Contohnya?”
“See, kau tengok kerja diorang dan kau takkan tanya macam mana diorang hasilkan kerja macam tu, kau letak mereka lebih tinggi, jadi kau tanya macam mana diorang lihat dunia dari mata diorang. Atau, kau akan tanya apa yang mereka fikir bila mereka buat kerja diorang – macam painting tersebut menunjukkan bunga, tapi kau tertanya bagaimana si pelukis tu lihat bunga tersebut. Haih, benda ni susah nak explain lah Reen.”
Reen memandang salah satu lukisan di sudut galeri. Lukisan abtrak tersebut megah di bawah pantulan spotlight oren dan beberapa penonton sedang berdiri di sisinya sedikit; melihat dan senyum sendiri. Berbakat maknanya mampu bawa seseorang itu dalam hasil kerja mereka? Mampu cipta dunia baru?
“Erm Mila,” Reen tanya dalam kelam, wajahnya malap, “apa yang perlu aku lakukan untuk berbakat?”
Mila pandang dan senyum lebar. Cukup ganjil soalan begini datang dari rakan yang kebiasaannya bukanlah jenis seorang yang ingin mencabar diri dalam bidang ini. Seperti waktu untuk hantar kerja semester lepas dan Reen hanya katakan ah, janji lepas sudah.
“Realitinya kalau ada cara untuk jadi berbakat, mereka yang berbakat takkan bergelar berbakat Reen. Tapi orang biasa macam kita ada usaha – kita boleh belajar teknik dengan lebih dalam, well kau tau, untuk naik satu-persatu dan belajar dari bawah. Hm, tapi kita takkan dapat kejar mereka ni sebab langkah mereka lebih laju, dan macam yang aku cakap, mereka di dunia yang lain. Well at least, ada jugak saguhati bagi yang berusaha kan?”