Mereka kata setiap cerita perlu ada moral — umat menantikan pedoman yang mana, seperti tongkat, mereka perlukan sesuatu untuk menyokong perkembangan mereka. Hm, atau tak. Mereka perlukan sesuatu yang lebih teguh dari itu, sebuah intipati yang mana jika mereka baring di bawah pengaruhnya secara verikal atau horizontal, mereka mampu menentang graviti dan kekal terapung dalam hukum pedoman tersebut.
Sedangkan pedoman sendiri mampu ditafsir dengan dalam hingga menjadi sesuatu yang gelap dan menyakitkan.
Itu adalah kuasa cerita dan idea yang terletak di baliknya. Ia terlalu mentah hinggakan tiada sang penempa mahukannya kali pertama. Mereka mahu ia diolah dulu dengan kesahihan dan logika. Melainkan sang penempa tersebut mempunyai balutan bertulis 'raih-fantasi' atau 'mat-surrealis' di kepala, tak ada yang inginkan benda mentah itu tanpa dibersihkan sehingga paling kurang mereka tahu yang si konsumer mampu kenal ia adalah idea-dari-moral-untuk-ke-pedoman.
Menulis demi menyatakan moral, itu bukan aku untuk disimpulkan liar. Kerana pedoman aku bukan pada membaca tulisan lain, namun sebaliknya.
Soal penulisan secara dalam-dalam banyak mengubah aku. Aku tak pasti sama ada pengalaman aku dicetak ke kertas, atau, kertas yang menguis pengalaman dari setiap zarah anggota aku. Aku rasakan bebas bila menulis, meraikan segala tekanan yang datang darinya merupakan perasaan yang sangat ghairah. Seperti konsep masochist, aku barangkali cukup seronok diperlakukan teruk begitu. Idea bertebar dalam otak dan aku cuba untuk bayangkan ia, bentukkan ia perlahan, dan tekap kembali ke atas kertas. Ada masanya ia terlalu umum sehingga apa yang ditulis terlalu sedikit dan ada masanya ia terlalu terperinci sehingga kertas tak mampu lagi menampung apa yang ditekap ke atasnya. Meraka bertanya, apa kau tak sedih apabila menggunakan ruang dalam kertas terlalu terburu? Atau, orang macam kau yang sibuk nak menulis ni lepas dicetak bukankah bakal mengancam pokok dan alam? Namun jawapan aku satu:
Jika aku mengancam mereka, meraka pastinya bangga diancam.