Lagi sekali, perasaan yang terbit bila abang mula kembali ke rumah ini menjadi sekompleks mungkin: minda aku mula pisahkan teks dengan naskah, dakwat dengan pen – yang mana ianya mustahil bagi mereka yang memikir pendek.
Abang mesti pulang dengan niat jahat yang lebih hitam dari bayang-bayang siang.
Abang dan aku membesar dalam dunia yang berbeza namun persekitaran yang sama. Aku anak angkat kedua selepas abang dan dibela oleh dua orang tua yang cukup mulia, bagi aku, mereka tak pernah sekali pun meletakkan kami di dalam konflik nyata mengenai kebergantungan – seperti memilih untuk dibesarkan secara hamba abdi atau orang gaji yang berbayar? Aku pada awal yang penuh sinikal terhadap dunia kami semua ini akhirnya menyimpulkan bahawa mereka pasangan suami isteri yang ikhlas menjaga kami.
Pernah sekali aku bertanya dengan ayah tentang tujuan mereka mengambil kami dari rumah anak yatim piatu dan dia berkata, ayah dan ibu perlukan peneman yang bisa menjadikan rumah ini penuh warna blablabla… Malang ingatan aku hanya merekod jawapan awal kerana ayah berkata dengan metafora jalang. Apa? Aku ini tak mampu tafsirkan fakta kejam dengan ilmu yang keras? Aku sendiri punya daya ingin tahu yang dahsyat!
“Kau tunggu aku balik eh? Cerialah sikit wahai a-dik.”
“Ceh. Kau nak apa sebenarnya datang sini balik?”
Seperti perbualan kami di awal pertemuan ini, kami sememangnya membenci sesama sendiri. Drama kekeluargaan yang tak ada jalan keluar yang mudah. Kami tak bergaduh, tak punya silam yang sama (berasal dari rumah anak yatim piatu yang berbeza) dan tak punya ikatan untuk diputuskan. Selama kami dibesarkan oleh ayah dan ibu, lakonan mesra dan ramah kami sentiasa menang dalam medan kepercayaan. Siang kami bersekolah dan selalunya kami akan ambil masa untuk pulang secara berpisah sendiri. Inbox telefon bimbit kami waktu tersebut penuh dengan teks kau balik pukul berapa nanti? atau kau balik lewat hari ni, aku takde duit so balik awal yang mana, walaupun perjanjian antara kami ini dilakukan dengan cara paling kasar, ia tetap memberikan kebahagiaan pada ayah dan ibu di rumah. Mungkin itu apa tujuan kami untuk bernafas bebas dan melangkah dalam apartment tersebut – senyuman ayah dan ibu merupakan sihir penyegar.
“So, kau dah decide nak buat apa lepas SPM nanti?”
Aku tanya dalam cara yang paling lembut. Bergaduh untuk tahu soal kehidupannya adalah perkara paling sia-sia dan aku tak ingin masuk ke zon tersebut.
“Aku nak sambung belajar lah bangang. Apa kau ingat aku bodoh sangat tak boleh masuk uni ke? Babinya.”
“Aku tak cakap macam tu. So kalau aku ni babi, lagi babi kau yang fikir macam tu.”
Zon tersebut ada graviti. Aku tertarik secara automatik.
“Hehe, kau tau apa pasal kau ni adik yang paling menyenangkan?” Dia berkata jelas, aku cukup sangsi, “sebab kau ni manusia paling celaka dengan aku dan jelek nak mampus.”
Memori aku cukup bertenaga untuk menyimpan kata lamanya tersebut. Pada awal perkenalan kami, aku simpulkan ego kedua kami terlalu besar dan tinggi. Langit dunia ini saja tak mampu untuk tutup ia. Pergaduhan sulit kami dalam rumah cukup berkesan, seperti masing-masing punya amaran tentang bahayanya jika kami mula selesa dalam keadaan begini. Kerana kami perlu sedar bahawa kami ini adalah orang asing walaupun dibesarkan dalam satu persekitaran. Dunia kami tak akan bersatu (cukup geli memikirkannya) atau berselisih secara angguk dan setuju. Kami akan terus faham bahawa ikatan yang wujud tanpa permulaan pastinya akan menyeksa dengan soal yakin-tanpa-asas yang dalam. Konflik antara kami tak ada titik mula yang nyata, maka malang, ia juga tak akan ada titik akhir.
“Kau nak tau apasal aku balik sekarang ni?” Dia balas selepas ayah dan ibu keluar rumah, “sebab bila fikir balik, bukan aku yang kena bla dari sini. Patutnya kau.”
Ironi, jawapan tersebut membuatkan kami berdua tersenyum selari.