Lina bangkit dari tidur agak lewat. Dia perhati sekeliling biliknya — lampu oren malam tadi yang masih menyala, gambar senyuman 6 tahunnya di sisi meja katil, nota-nota keronyok di lantai — dan sandar pada kepala katil; dia sudah lupa segalanya.
Di luar tingkap bilik Lina, ada gagak hitam yang sedang perlahan mengutip bulunya yang gugur. Ianya perihal tuduhan lewat malam semalam dan hukuman merpati putih yang lain. Dia terbang lewat malam kerana lambat meraikan angin sejuk pasca hujan. Merpati putih dan gengnya berang dan kerjakannya waktu itu juga. Hidup sebagai si asing tak pernah menyenangkan.
Lina pasang earphone ke telinga dan mula tekan play. Dia tak tahu lagu apa yang bakal dimainkan.
Gagak hitam selesai mengumpul bulunya dan kini dia bertenggek di sudut dan melihat awan.
Lina masuk ke dalam lagu. Ada kotak irama yang syahdu, dan dia sedang baring dengan lengan menutup mata.
Gagak hitam bersatu dengan awan tadi. Dia dihimpit dengan kekabu putih yang lembut.
Masing-masing meraikan kebebasan.
Lagu tadi berhenti dan Lina bangkit membaca nota keronyok di bawah.
Gagak hitam tadi turun ke realiti bersama hujan selepas. Bulu dikumpulnya tadi terbang dibawa angin liar.
Masing-masing meraikan kebebasan, yang finit.