Kulop di sudut dinding pagar menghisap rokok. Asapnya cukup gelap dalam nafas yang dibawa liar. Melihat seronok keramaian yang mengangkat bir dan mengucapkan cheers pada minat yang satu — di sini kita dikumpul untuk belajar, untuk meraih ikatan yang lemah. Antara si asing dan si asing yang lain, dia melihat berpuluh senyuman plastik yang tercipta rapi. Seolah mulut dengan senyuman lebar yang terbina dari lilin, bara di hujung rokoknya pasti mampu mencairkan setiap darinya jika dicucuh rapat.
Kulop campak puntung rokok ke parit sebelah, mengucapkan syukur atas nikmat tembakau yang masih dia mampu peroleh dalam awam yang bersesak memecahkan tabung untuk hantaran kahwin, duit tol, duit barangan runcit, dan segalanya. Kehidupan semakin menekan dalam masa — itu normal, kita ingin berseronok dalam kolam nafsu sehingga tuhan menetapkan kita berakhir kematian; masa sangat terhad.
Kulop masuk dan melihat persembahan kata hati dari mereka. Ia sungguh indah sehingga berjaya menariknya untuk turut menyelam rasa si persembah. Sesekali dia terasa dirinya dijerut dengan perkataan liar yang tengahnya di masukkan ke dalam besi bulat; dia kini tergantung. Dalam menentang maut yang dekat, nafas liar tadi semakin lemah, hujung tali kata itu melibas kuat ke tulang belakangnya. Dia terdiam murung namun hatinya meronta untuk ketawa — seronok meraikan sakit.
Kulop bukan orang istimewa. Dia hadir ke sana sebagai awam biasa yang ingin melihat seni. Seorang anonimus yang berjalan dengan laju yang selamba, melihat gerai kiri dan kanan yang setiap satunya menghidang idea-idea bebas untuk dicerna. Dia seorang konsumer sederhana tegar maka dia sempat beli satu, dua idea untuk dicucuk masuk ke akalnya suatu hari, berharap agar mindanya mampu terbang dari A ke B, B ke C, C ke D, dan seterusnya.
Kulop kembali pulang ke rumah lewat petang. Berfikir kembali apa yang diamati sebentar tadi dan dia mampu simpulkan satu: kita tercipta asing dan digaul dalam satu minat yang wujudnya dari rasa, sebelum kita cukup matang dan penat dengan rasa tersebut — kita kembali untuk jadi asing apabila akal kita berfikir tentang hakikat bahawa roh kita merewang sendiri dalam neraka akhlak dan syurga nafsu.