Aku sedikit hairan dengan mereka yang mengeluh manusia hanya akan merasai kehilangan bila benda betul-betul hilang. Bukankah ianya jelas? Bagaimana kita ingin menilai tanpa merasa kejadiannya? Bila mana kau ingin percaya benda yang tak berlaku dan akal kau menolaknya terus, sedangkan ada kebenaran di luar sana berlaku depan mata dan kau asingkannya awal dan biarkan ia terbang meliar — manusia pilih apa yang mereka ingin faham, tahu, dan terima.
"I tak suka politik sebab politik itu penuh korupsi." Lima minit berselang, sifolan ini menambah, "I selalu baca kat Facebook dengan blog awam; kerajaan, pembangkang, semuanya teruk dengan kekotoran!"
Seperti soal kita membenci sesuatu tanpa selam akan ia, bagaimana tahap benci tersebut untuk dikatakan benci yang paling true, paling real? Aku anggarkan begini, kau melihat kelodak dan kotor laut dengan sisa-sisa yang terapung di atas walhal dasarnya sangat jernih — kurang adil. Melainkan ianya tasik tawar tanpa larutan garam yang menyebabkan benda asing terapung, itu mungkin boleh dihujah.
Kita akan tahu apabila kita faham. Kita akan benci apabila kita rasa dan selam tragedi yang berpaut dengannya. Melainkan itu, bagi aku, kita hanya sang skeptikal yang mendabik dada dengan pegang remote tv menantikan konsert JomHeboh pada tiap kali ia ditayang.
"I sayangkan you walaupun you dah tipu I 51 kali, tikam dada I 83 kali dan ratah hati I dengan selamba 174 kali."
Sedangkan untuk menyelam sesuatu itu sendiri bakal memberikan kita pelbagai nilai, inikan untuk menghukum liar, berdansa angguk dengan persepsi awam; pelik.