3.24 a.m.
Di luar sedang hujan lebat. Langit hitam pekat.
Aku kembali mempersoalkan tentang masa depan dan ancamannya kepada diri sendiri. Mula melihat di mana aras aku ketika aku berdiri dengan semasa. Apa yang aku ingat, kebanyakan masalah aku datang dari memikirkan silam dan bagaimana ia akan memberi jawapan pada masa depan. Atau, bagaimana masa depan takkan terjadi seperti silam.
Namun mereka katakan untuk risau tidak hanya akan menjadikan kau lemah dan tidak memberikan apa-apa hasil.
Barangkali segala dimensi telah berubah. Sekarang ianya 3.27 pagi dan dalam 3 saat berlalu, masa punya 3 dimensi pantas yang aku terlepas pandang. Adakah ianya benar setiap masa harus digunakan sebaiknya? Jika masa tak dibuang dan dipersiakan, mampukah aku merasakan nikmat menggunakan masa secara baik?
Persetankan, aku ialah mangsa.
Meraikan warna dalam gelap.