"Fikiran ialah bayang-bayang perasaan; selalu lebih gelap, lebih kosong dan lebih mudah." — Nietzsche
Kita melihat sesuatu itu lebih senang kerana kita ingin menjadikannya sebuah konsep. Dan konsep yang terbina harus mudah demi aplikasi kita pada sesuatu kelak. Ianya sama seperti kita mendengar atau membaca sesuatu idea dan kemudian kita melupakannya secara penuh dan kita jadikan frasa pendek yang boleh diadaptasikan dalam hidup kita.
Macam baca buku. Ada sesetengah buku yang mampu menyentuh kita. Kita biarkan diri kita dirogol dengannya dan kemudian apa yang kita tak sedar adalah sebenarnya kita yang merogol diri kita sendiri.
Ini bukan soal kita pilih buku yang ada kuasa merogol atau tak. Ianya lebih kepada penerimaan dan penafian diri yang bingung.
First impression juga salah satu benda yang kita jadikannya konsep. Sebagai contoh, kita kenal A pada awal dengan sikap ceria. Ceria tersebut disedut masuk ke dalam akal dan kita menjadikannya konsep kenal. Seminggu kemudian A murung dan bawa diri. Kita rasa A telah berubah kerana dia tak ceria lagi.
A dah tak fun.
A dah jadi orang lain.
A dan disedut ke dalam akal syaitan.
Ini juga berkait rapat dengan soal pandangan. Pertama dan ketiga. Dua-dua ni menjalinkan hubungan yang kadang-kadang kompleks. A boleh kata kau orang ketiga, kau takkan kenal aku dan orang ketiga boleh kata A pandang dari sudut dirinya sendiri, sudah tentu dia bias.
Hakikatnya manusia perlu kekal hidup dalam ini semua.
Dan sekiranya fikiran manusia sama beratnya dengan perasaan, barangkali kita semua hidup dalam murung dan bunuh diri itu tabu yang alah-biarlah-benda-tu-dah-biasa.