Aku memandang sekeliling, memegang button badge yang pernah menjadi simbol persahabatan kita dulu. Terbayang dalam fikiran, seolah slideshow, memori kita berdua satu-persatu dilancarkan terus dari projektor akal - atau hati - bertentang dengan keinginan dan nafsu. Mungkin semalam ialah silam yang paling dekat dengan harapan. Aku menanti untuk terus menanti. Brian kata ianya false hope. Bagi aku, ianya lebih teruk.
"Ini masalah kau. Kaki kanan kau langkah ke depan dan kaki kiri kau mengundur."
Suara maya tersebut sering berbisik. Ia sudah sebati dengan keadaan. Aku gila, paling kurang itu apa yang mereka si awam katakan apabila aku cuba menjawab kata-kata tersebut.
"Bayangkan pula jika salah seorang dari gadis rawak yang berupa seolah Siti Salleha datang dan menegur kau. Apa yang kau akan lakukan? Kaki kiri kau tadi, ke mana arah selepas?"
Tangan kiri aku mengangkat button badge. Jari telunjuk dari tangan kanan perlahan mengikut garisan bentuk luar di atasnya. Ianya merpati putih. Dia belikan untuk aku ketika berada di Melaka dua tahun lepas.
"Eh, tengok ni burung merpati! Comel!"
"A'ah. Belanja aku satu please. Aku suka yang lambang love terbalik H.I.M sana tu."
"Eh kalau aku yang nak belikan, kenapa kau yang kena pilih. No, no, biar aku pilih."
"Perempuan tu yang kau minat dengan merpati comel gediknya kekonon sweet tu yang bla tinggalkan kau."
Bayangan terganggu. Slideshow memori terputus sebentar. Dahi aku berpeluh. Begini sukarnya untuk hidup dengan suara asing yang bakal keluar pada waktu yang rawak. Aku hidup dalam keadaan ini. Aku terpaksa suka dengan keadaan ini.
Dia belikan aku button merpati tersebut. Katanya, dia belajar dari filem Home Alone yang mana soal simbol persahabatan ialah dua merpati. Aku perasan dia juga beli button badge merpati untuk dirinya sendiri — cuma lebih besar.
"Merpati ni jugak ada dalam lirik Akustatik. Dan ianya simbol kebebasan dan lupa diri."
"Merpati ni jugak putih, senang kotor."
"Merpati ni jugak.."
Bagaimana dia sekarang? Merpatinya yang dulu adakah bersama dia kini? Masih tersemat rapi di begnya? Atau, mungkin ia sudah terbang kerana terlalu lama terkurung dengan sangkar harapan aku?