Adisarah



"This mellow feeling you know," Sara tenung ke tepi muka aku, "ia buat kau lega."

"Betul ke?"

"Ya. Well at least, i think so."

Aku dan Sara sedang baring di atas bumbung melihat langit malam. Kami jiran sejak dari sekolah rendah dan kini kami masing-masing dengan hidup sendiri. Dia 20 tahun dan aku 17 tahun. Aku tak tahu sama ada ianya hubungan persis abang dan adik, atau kekasih berpura. Yang penting, aku selesa bersama dia dan aku harapkan dia juga sebaliknya.

Kelihatan langit sangat samar dengan bintang. Seingat aku, bintang di bulan lepas lebih terang berbanding hari ni.

"Kenapa kita terseksa Adi? Dan selalunya seksa itu lebih menekan ketika kita perlu buat keputusan."

"Hm entah," aku perhati tinggi ke atas sana, "mungkin tanpa seksa kita takkan tau makna lega?"

"Haha jawapan tipikal!"

Sarah gelak kecil. Bunyi tersebut sepatutnya menyenangkan aku tapi tidak waktu begini. Dia seolah cuba memberitahu sesuatu yang tersirat. Atau, dia ada masalah yang aku perlu tahu tanpa dia bagitahu aku. Ia tak masuk akal tapi selalunya manusia begitu, sering inginkan seseorang menilik diri kita dan jika tepat pada apa yang kita cuba maksudkan, maka jackpot! Dia adalah soulmate yang memahami kita.

"Hm kalau macamtukan Adi, kenapa ada antara kita yang dah terikat sangat dengan seksaan? Macam dah taknak hidup kalau tak terseksa, macam rasa pelik gila kalau happy je sentiasa?"

Dia ambil masa henti.

"Macam Brooks dalam Shawshank Redemption yang kita tonton sama-sama dulu. Dia banduan yang dikurung dalam penjara dan bila dia dapat keluar, dia rasa kebebasan tu menekan.."

"Dia bunuh diri last-last." Aku pantas sambung.

Aku pandang ke Sarah. Dia tersenyum. Aku tarik nafas dan berharap dia faham dengan apa yang aku bakal katakan.

"Sarah, mungkin itu soal pandangan kot. Macam ada kita yang sukakan kopi pahit dan manis. Macam ada yang sukakan cuaca panas dan sejuk. Jadi kita mengikat diri kita dengan apa yang kita suka, dan mana yang kita tak suka ia jadi suatu seksaan. Macam Brooks tadi, barangkali dia sukakan kehidupan kat penjara yang mana dia lebih secure kat sana berbanding kecap bebas luar yang menekan."

Sarah diam dan terus pandang ke langit.

"Macam aku Sarah," aku pejam mata, "membayangkan kau sedangkan kau dah tak wuj.."

Kata akhir tersebut sangat berat. Seolah aku mula cuba untuk faham batas nyata dan tidak. Aku buka mata. Sarah sudah pergi. Aku bayangkan dia sudah terbang dan bersatu bersama bintang di atas sana.