"Hai Fred, apa khabar! Awak boleh nampak saya tak? Saya Freddy kawan awak. Selamat berkenalan."
"Hai Freddy. Ya saya boleh nampak awak macam biasa."
Ketika aku menulis kisah Freddy ini, (yang asalnya aku ingin cipta kisah budak nerd tipikal) aku sedang baring dan melihat siling bilik. Setiap corak darinya membentuk corak yang lain dan kemudian ia terus menghasilkan lagi corak yang lain. Maka aku berfikir, jika corak akhir siling ini menjadi lebih dominan dari corak yang asal, apakah intipati corak asal bakal hilang?
Maka terciptalah Freddy dan Golak Pra, Semasa dan Pasca Cipta.
Kisah ini secara total mengelirukan aku sendiri. Setiap narratif dan dialog aku bercampur aduk — carca marba. Tulisan amateur aku menyerabutkan idea bingung aku.
Freddy disisih ---> ingin berkawan ---> dapat petua ---> was-was
Atau mungkin cerita aku tentang tuhan yang menyesal.
Senarai penuh penulis Yakjuj;
FRAGMEN FARIDAH — Azrin Fauzi
SELAMAT TINGGAL DUNIA — Mohd Azmen
GOG — Salleh Razak
FREDDY DAN GOLAK PRA, SEMASA, DAN PASCA-CIPTA — Syahmi Fadzil
BUNGA KUACI — Asyraf Bakti
FIKSYEN SITWENTYTHREE — Pitri Al-Fateh Zainon
KARMA ANKER — Syafie Mahyani
AKU, LISA DAN SECAWAN KOPI — Ariff Masrom
MISTERI GIGITAN ABADI — Amir Azmi
GADIS BILLBOARD SOS BAWANG — Aloy Paradoks
Dapatkan Yakjuj Sebuah Antologi oleh SeLUT PRESS di sini.