Seperti seorang yang kita angkat tinggi, mereka berada di suatu dunia yang tidak selari dengan kita. Kita memandangnya lama, tenung ke dalam mata dan sedikit pun kita tidak mampu tahu isi jiwanya. Mereka tidak sama dengan dunia kita. Aras dirinya terlalu tinggi untuk kita persoal dan nilai sendiri. Kelibatnya yang kita mampu lihat, sentuh dan dakap hanya anugerah yang datang untuk mengingatkan bahawa kita masih nyata hidup.
Seperti seorang pelukis yang sudah dianugerahkan bakat sejak dari lahir, mereka tidak perlu melukis manusia kerana mereka pelukis. Mereka mampu lukis kita walaupun tidak menggunakan usaha dan tenaga. Begitu juga keupayaan mereka untuk mengoyak kanvas diri kita — mereka terlalu kuat.
Oleh itu, setiap langkah yang kita ambil sama ada berjalan atau berlari, kita tidak mampu mencapai mereka. Satu persatu papan tangga yang dibentang untuk mengejar dan sebenarnya kita dan mereka sangat jauh. Mereka turut melangkah dihimpit masa.
Pandangan hadapan kita dan tolehan belakang mereka,