"Awak salah tentang diri saya."
"Ya, aku cakap semua tu pun bukannya nak sedapkan hati kau untuk tunjuk yang kita sepadan, mampu kenal sesama-sendiri secara automatik jodoh takdir apa bagai. Aku hadir sebagai orang yang memandang dari sudut ketiga - asing dan jauh. Kalau kau ingin aku sapu mentega dan tabur gula dalam kata aku, kau tersalah orang. Itu idea aku tentang diri kau apabila melihat dan kenal kau dari mula. Konsep aku tentang kau. Apa? Aku tak ikhlas berkawan kerana bina konsep ini semua? Haha, sebagai orang asing kita akan bertemu dan lakukan benda yang sama - lihat dan jangka. Kau sendiri ada konsep kau terhadap aku, sebab tu kau kata aku ini sudah berubah dan tak macam dulu bukan? Apa? Kau cukup kenal aku untuk kata aku dah berubah? Hm, apa yang wujud dan akan kekal wujud hanyalah impression kau tentang aku yang bertunaskan konsep tersebut. Maka kau tak boleh minta orang 'terima kita kerana diri kita dan bukannya konsep mereka mengenai kita' kerana mereka bukannya tuhan. Dan kau juga bukannya tuhan untuk inginkan keadaan sempurna tersebut."