"Ah, kau jangan risau ah. Next raya aku kurus balik macam Saiful Apek."
Aku berkata kepada Ila, Fia dan Najib dengan muka semangat dusta. Tak tahu kenapa mulut aku tiba-tiba mengeluarkan kata tersebut namun yang pasti ianya seolah bunuh diri. Dari seorang yang berbadan Mamat Khalid ke Saiful Apek? Melainkan aku ialah Mamat Khalid, aku tidak punya pencapaian dalam bidang seni yang mampu membuatkan mereka-mereka ini senyap mengenai badan aku ini.
"Gila babi Saiful Apek!" Najib tergelak, "keding sangat tu wei. Tapi takpelah kot, nak jugak tengok kau kuruskan. Nanti takdelah aku malu nak kenalkan kau dengan kawan-kawan gegirls aku yang lain hihi."
"Oh sekarang kau malu dengan aku ah ni?"
Aku tidak faham apa maksud Najib. Adakah ini yang dimaksudkan kehidupan melalui idea seseorang mengenai kita? Tapi, bukan ke idea seseorang mengenai kita hanya akan wujud dari impression asal? Waktu bertemu pada mula, konsep kita diletakkan pada sifat awalan kita sendiri. Kalau Najib kenal aku seorang yang kelakar pada mula, maka dia akan terus meletakkan aku ini seorang yang lucu, tak kenal sedih. Aku pernah kurus ke sebelum?
"Ilham," Ila memandang teruja, "kau buat badan sikitlah. Jangan keding sangat. Hot kot!"
"A'ah. Nanti kau senang nak dapat awek. Bila dah dapat awek boleh terus kahwin. Bila senang nak kahwin, senang nak main kahkah. Lepastu cerai pun ada market lagi. Kau boleh kahwin dan main banyak kali!"
Ayat Fia yang terakhir itu menolak aku kuat ke tanah. Tak tahu sama ada mahu bangkit, buat dek dan sambung jalan atau bergolek meratap sedih, atau bergolek tergelak bangang.
"Jadi diorang yang buat badan semua ni semata-mata nak cergas bila malam pertama ke apa?"