"Siapa suruh dengar apa yang cikgu bualkan tadi?!"
Cikgu Alan yang selalunya berperwatakan lembut kini berubah — mengamuk seperti filem seorang profesor yang bertukar menjadi raksasa hijau. Ini kali pertama dalam sejarah sekolah, barangkali sejarah dunia.
"Kamu dengar semuanya bukan?" Cikgu Alan merenung Wei Teng dengan mata tajam, "seronok ke tahu apa yang orang dewasa bualkan?"
Wei Teng hanya senyap dan menunduk kesal. Dia tidak sangka dengan apa yang didengarinya itu tadi bakal memakan dirinya sendiri. Perbualan Cikgu Alan dan ayahnya itu tadi mengenai keputusan peperiksaan terakhir di kelas 5 Setia dan Wei Teng bakal diturunkan ke 5 Kasih yang rata-ratanya dipenuhi oleh pelajar sederhana pandai dan ke bawah. Reputasi Wei Teng bakal tercalar kerana dia merupakan salah seorang pelajar perempuan yang popular di sekolah serta pengaruh ayahnya sebagai pengerusi PIBG di sana. Lima tahun dia cuba kekalkan reputasi itu dan kini semuanya bakal hilang.
"Saya tak menyesal sebab dengar perbualan cikgu. Saya menyesal sebab tahu apa benda yang cikgu cakapkan."
"Dah. Cikgu pun malas nak marah kamu ke apa sangat. Lagipun nanti cikgu akan beritahu kamu jugak. Pergi duduk tempat kamu."
Wei Teng segera ke tempat duduknya di hujung kelas. Dia melihat luar dengan wajah yang murung. Segera diambil pensel di atas meja dan meluahkan segalanya di permukaan meja.
IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A BLISS. IGNORANCE IS A FUCKING BLISS!