"Makanan ini pun dari binatang yang dah mati," A memandang hidangannya yang dikepit rapi, "yang hidup akan memakan yang hidup untuk terus hidup bukan?"
B melihat ikan goreng yang terhidang di sisinya. Memikirkan kembali kehidupan yang terus mengejar masa depan dan dalam masa yang sama kehidupan sendiri mengejar akhirnya. Ironi yang sudah tersingkap dari awal lagi dan dia bingung memikirkan apakah tujuan sebenar kehidupan.
"Sudah tentu kita yang percaya kehidupan selepas mati dan kuasa tertinggi akan terus meletakkan tujuan hidup untuk berjasa kepadaNya. Bagaimana kalau takdir sudah meletakkan kita ini tidak beragama, atau jahil untuk mencari agama? Hm, barangkali kita dibesarkan untuk menjadi degil dan kita mati hanya sekadar contoh untuk mereka takut dengan penyesalan. Adil?"
A meluahkan apa yang tersisip rapi di benak hatinya tersebut. Ianya soalan antara tujuan dan takdir.
"Fungsi kehidupan tak perlu dirungkai dengan teliti dan tepat. Ianya akan menjadi ralat jika kita melihat sesuatu itu terus ke hujung tanpa tahu di mana hujung. Hidup dan rasakan kesannya perlahan. Kalau kau mampu lihat semua yang baik tanpa mengetahui apa yang buruk, maka di mana aras pengetahuan kau sendiri mengenainya? Bagaimana untuk tahu adil tanpa berlakunya tidak adil?"
"Common sense?" B menjawab pantas, "benda macam tu dah tentu kita semua tahu bukan? Baik buruk bagai. Kita dicipta dengan akal."
"Akal. Akal yang bagaimana akan buatkan kita berakal sepenuhnya?" A senyum memandang B, "ikan ni rasa sedap untuk dinikmati walaupun hakikatnya ia dah mati bukan? Kita mampu rasa kesedapan ia kerana ia digoreng setelah mati, bukan?"
B hanya diam dan melihat langit di luar melalui tingkap restoran tersebut.