Lagu semasa

Seperti lagu semasa, kita akan dilupakan perlahan-lahan sehingga ada benda yang kembali mencetus memori mereka. Kita tidak disimpan dalam balang kaca dan diawetkan untuk kekal bersama sesiapa di dunia ini. Maka hakikat untuk bersama selamanya adalah sesuatu yang mustahil.

Seperti lagu semasa, kita akan disiulkan sentiasa ketika musim hangatnya. Dimainkan di corong radio ketika waktu puncak siaran. Digunakan sebagai tarikan pelanggan di ruang-ruang komersial. Kita dirayakan dengan sangat rancak kerana kita hanyalah hiburan semasa. Tidak 'in' jika tidak ada kita.

Seperti lagu semasa; melodi bakal hilang, lirik bakal dilupa.