Ketika mereka meletakkan konsep kepada diri kita dan melaksanakan hukum dari pandangan mereka, ianya impression yang bakal kekal. Kita tidak mampu mencipta sesuatu yang tidak berasas. Dari mana mampu kita lihat tunasnya jika kita tidak ada benih? Apatah lagi untuk memetik pucuknya kemudian? Ia suatu misteri yang secara ironinya sudah terungkai pada awal.
Jika kau mampu melihat aku gembira dan riang ketika kita mula berkenalan, maka segala itu bakal mencipta jawapan kepada kau bagi soalan siapa aku. Dan ketika aku mula murung atau sedih kemudiannya, kau akan mempersoalkan diri aku dan barangkali mengatakan aku sudah berubah. Adakah ianya benar bahawa aku sudah berubah? Adakah kau tahu siapa diri aku secara total sedangkan aku sendiri tidak pernah mengetahui diri aku sendiri? Maka menerima diri sendiri adalah perkara yang lebih bijak Ianya tidak menjamin keselamatan diri kita dari penghukum di luar sana namun ianya perkara yang lebih bijak. Konsep mereka tentang diri kita akan sentiasa dicipta dari hari ke hari dan makna di sebalik laku atau kata kita, dari akarnya, sudah tentu kita yang lebih faham kenapa dan bagaimana.
Namun ini menjadi masalah kepada kita yang sering cuba untuk fit in, dan sebatikan diri dengan awam. Kita terlalu memandang aras ukur mereka yang tinggi dan cuba untuk menjadi selari dengan apa yang idea bagi mereka. Betapa idealkah sesuatu yang ideal? Kita tahu, jawapannya subjektif.
Maka datang pula kata 'kita menyalahkan awam sedangkan kita sendiri tergolong dalam awam tersebut' yang menentang fikiran kita untuk berbeza dari kehendak mereka. Apa yang aku mampu katakan di sini, jika kau tahu kau tergolong dari awam tersebut maka putuskan ikatan kau dengan awam itu dan katakan pada diri kau bahawa kau tidak dicipta oleh mereka dan mereka tidak dicipta oleh kau. Kau, aku, dan mereka semuanya mempunyai nama berbeza yang satu makna; si asing.