Aku di sini menanti dan terus duduk di dalam gelap yang semakin lama mengenal nama aku dan ramah dalam kehadiran aku. Aku tidak mahu dicari apatah lagi diselamatkan. Semalam aku mampu lihat cahaya dari hujung lorong sana, dan ianya sama; warna putih kekuningan. Mulanya aku fikirkan ia suatu destinasi tuju untuk melihat ruang balik sana, tetapi aku kenal silaunya. Silau megah tersebut pernah menyakitkan mata aku sebelum aku sempat sampai ke hujung lorong tersebut. Ianya dusta dan bahaya.
Jadi aku mula untuk mengenal dunia gelap ini. Meraba dalam setiap langkah maju dan mundurku. Merasa tekstur permukaan yang sama, lagi dan lagi. Udara di sini walaupun tidak begitu menyamankan tetapi ianya tidak menyesakkan dada. Barangkali dada aku cukup hitam untuk menerima udara di sini.
Namun hakikat, dalam setiap lembar benang mengikat kelar yang mereka mampu lihat, itu tidak mempersembahkan sakitku yang menetap di rumah hati kosong ini.
— Nota Rusman