Kehadapan waktu semasa,
Awak percaya tak di sana ada dunia yang lagi satu? Ianya berbeza dengan apa yang kita tinggal sekarang yang mana ianya terdapat satu rumah kosong yang mempunyai satu bilik. Seingat saya, tidak ada apa-apa di dalamnya melainkan tikar kain berwarna putih. Seluruh rumah tersebut dibina dengan kayu lama tetapi ia tidak usang dan tidak baru. Di luar tingkap, kita akan dapat melihat seluruh padang yang berwarna hijau dengan rumput yang agak tinggi. Sederhana sejuk dan nyaman. Walaupun langit agak mendung di sana, suhunya agak hangat dan menyenangkan. Saya tidak rasa ada kehidupan lain di sana namun ianya terdapat beberapa tanah liat yang baik. Mungkin saya akan cuba mencipta sesuatu yang saya boleh berbual dengan dan dia akan menjawab setiap dari persoalan saya dan menemani saya; bersama tinggal dalam nyaman. Saya pernah ke sana sekali dan kemudian saya sedar bahawa saya hanya bermimpi. Mimpi saya selalunya terhasil oleh realiti; apa yang saya alami dan semuanya disimpulkan dalam satu persembahan minda tidak sedar. Jadi, saya anggap dunia tersebut wujud namun ia tidak selari dengan dunia saya sekarang. Mungkin suatu hari saya akan pergi dan mencari dunia itu. Jadi jika suatu hari saya tidak kelihatan di sini, awak tidak perlu mencari — saya telah pergi dan buktikan bahawa dunia itu wujud.
Doakan saya berjaya, selamat tinggal.