Apabila aku melihat diri aku sendiri di depan cermin, aku sentiasa melihat setiap ruang dan kebarangkalian dalam wajah aku sendiri. Dalam setiap renungan suram, aku hanya kelihatan murung dan pucat. Walau bagaimana aku cuba untuk berlagak semuanya berlaku baik, pada akhir hari, aku tahu bahawa aku akan suram melihat diri aku seperti di balik cermin tersebut. Lalu datang satu jiwa bebas yang merewang, sentiasa menemani aku siang dan malam — berbisik kepada aku, "Apa yang kau lihat sekarang ini ialah bukan diri kau pada waktu semasa, kau melihat diri kau pada masa depan." Aku cuma senyap dan cuba menyelam kata yang dalam tersebut dan nyata akal aku tidak mampu berenang bersama arus makna kata itu. "Setiap kali kau melihat cermin dan kau ingin melihat esok, dan bimbang akan setiap kebarangkalian tersebut." Jiwa tersebut mengeluh, dan aku dapat nilaikan ia dari tona suara sebaknya, "Seperti gadis yang melihat wajahnya untuk mencari kecacatan pada solekannya. Seperti jejaka yang mencari kusut rambut untuk dibetulkan kembali. Sayang, kau jangka untuk melihat ketidak-sempurnaan diri kau sendiri."