"Awak akan berjumpa dengan seorang gadis yang cantik ketika berjalan menghala sekolah pada esok hari." Rika si gadis tilik memberitahu kepada Ali sambil tersenyum, "dan ianya akan menjadi permulaan kisah cinta yang seronok seperti mekarnya bunga mawar pada waktu pagi dan angin sejuk bertiup perlahan dan rambut awak sentiasa beralun bersama angin itu."
Ali hanya memandang dengan muka lurus ke arah Rika. Guru Matematik, Cik Hasnah tidak datang pada hari tersebut dan ianya mungkin perkara yang menarik untuk dilakukan oleh Ali untuk mengisi masa lapang. Ali merasakan ia mungkin cara yang baik untuk mula berkenalan dengan rakan kelas yang dia tidak pernah ambil kisah sebelum ini. Dan hari ini merupakan hari untuk dia berkenalan dengan Rika, si gadis tilik. Rika gemar berpura-pura menjadi seorang yang mahir dalam tilik nasib dan sebagai gadis misteri di dalam kelas tersebut, Ali tidak rasa ianya menjadi masalah buatnya dengan perwatakan Rika.
"Hm, tapi kalau benda tak jadi macam yang kau cakap macam mana? Tilik nasib ke, jangkaan ke, semua tu bukannya benda yang betul pun kan? Aku rasa kau kali ni salah kot Rika." Ali cuba menduga Rika dengan katanya tersebut, mungkin Rika faham maksud Ali hanya untuk bergurau.
"Selalunya apa yang saya jangkakan akan salah. Maksud saya, kebanyakannya memang tidak jadi seperti apa yang saya tilik," Rika memandang lukisan conteng di atas meja Ali. Mukanya suram.
"Eh, eh, tak. Aku bergurau jelah haha. See, aku baru cakap macam tu kau dah monyok. Macam mana nak jadi gadis tilik kalau tak confident meh? Haha." Ali memujuk Rika dengan senyuman ramah, "Aku rasa mungkin kali ni betul kot apa yang kau tilik. Aku harap betul. Seronok jugak dapat jumpa perempuan asing ketika jalan ke sekolah esok. Paling kurang takdelah hidup aku bosankan?"
Rika kembali memandang wajah Ali dan tersenyum. Pujukan Ali tersebut menjadi. Ali cukup bersyukur kerana dia tidak mahu membuat seorang gadis baik seperti Rika untuk rasa sedih ataupun apa-apa.
"Tapi saya sukakan jika tilikan saya salah." Rika memandang luar tingkap. Hijau padang menyamankan matanya.
"Eh? Bukan ke kalau salah kau kena sedih?" Ali bingung dengan jawapan Rika, "sebab apa yang kau jangkakan tu tak tepat seperti yang diinginkan?"
Rika diam sekejap ketika menghayati nyaman kehijauan padang sekolah tersebut. Dengan cuaca yang agak mendung, ia membantu Rika untuk berasa tenang.
"Menilik hanyalah jangkaan masa depan dan kadang-kadang tak semua tilikan adalah selari dengan apa yang kita inginkan."
Ali diam, matanya fokus dan telinganya cuba mendengar setiap kata dari Rika.
"Ianya menakutkan jika apa yang saya tilik adalah benar. Ia tidak seronok. Jika tilikan saya sentiasa berjaya dan tepat, jawapan masa depan akan finit dan tidak ada kepelbagaian. Jika jawapan saya salah, kita akan mampu fikir bahawa masa depan masih ada banyak jawapan dan jangkaan." Rika senyum, kembali memandang Ali, "kerana itu saya lebih suka jika jawapan saya salah dan jangkaan masa depan saya bukan hanya satu tetapi kebarangkalian apa-apa yang berlaku adalah banyak."