"Kami sebenarnya membantu orang macam Cik Akil keluar dari tindakan membunuh diri. Sebenarnya, Cik Akil tidak mahu membunuh diri - kalau tak, sudah lama Cik Akil senang-senang mengambil nyawa sendiri. Cik Akil berusaha nak bunuh diri sebab semua tindakan itu di bawah kawalan Cik Akil.
Mungkin tindakan kami agak radikal, tetapi kami sengaja wujudkan keadaan di mana nyawa Cik Akil diambil oleh orang di luar kawalan Cik Akil. Waktu ini, barulah Cik Akil rasa nak hidup semula. Barulah Cik Akil sembuh daripada mahu membunuh diri." — Encik Harun
Filem KIL.