Verse dan Chorus.

       "Hai, apa khabar? Aku menjadi sing along orang ramai kerana aku ialah punchline. Tanpa aku barangkali ia akan menjadi mendatar dan tidak wujud emosi. Ketika aku disebut, segala daya dan tenaga akan muncul bersama. Dan ketika itu mereka akan merayakan makna kata aku dengan semangat."

Setelah Chorus memperkenalkan diri dia, Verse tahu bahawa dia tidak boleh senyap sentiasa atau barangkali ia akan dianggap biadap. Ini sesi perkenalan maka Verse kena memperkenalkan dirinya.

       "Khabar baik. Aku Verse dan aku merangkumi awal garap lagu. Walaupun aku tidak diraikan seperti kehadiran kamu, namun disebalik aku terjadi cerita penting. Semua golak dan persoalan di dalam aku. Untuk seseorang merasaikan nikmat menyebut kamu, mereka perlu kenal akan aku dan selami aku sendiri. Kerana sebab terjadinya kau atas permulaan dari aku."

Mereka bersalaman dan berjalan satu langkah demi langkah di atas tembok sambil mengelakkan diri masing-masing terjatuh.