Kehidupan adalah untuk yang hidup


"Jadi sekarang kau ingin kata aku dicipta oleh kau demi kau? Maka kau kena tahu asas aku Razak, aku dicipta sepenuhnya oleh minda kau. Setiap serpihan idea atau imaginasi kau juga berkait dengan aku. Kau cipta aku untuk menjadi seorang yang sepenuhnya berlawanan dengan kau dan memberikan kau idea untuk berfikir? Berdebat dan berhujah dengan kau? Itu sangat tidak masuk akal! Kau jenis yang pessimis, begitu juga aku. Cuma kau membawa sifat tersebut lebih sempurna kerana kau pada waktu itu dalam dunia realiti. Kau boleh tunjuk kat awam yang kau pessimis sebab kau sendiri terikat dengan mereka. Peraturan mereka, hukuman mereka. Aku, tidak. Aku kawan imaginari kau. Kau ingin bunuh diri pada ketika itu dan aku juga ingin kau bunuh diri kau bukan sebab aku, tetapi sebab kau. Kau fahamkan? Aku ialah kau."

— dalam pembikinan, akan datang dengan izinNya.