Kali ini sayang, aku akan kalis peluru, EF.

Jadi. Ianya cuma kadang-kadang kau ada firasat yang orang di sebelah bukan peminat kau dan berharap sangat bahawa kau adalah orang lain dan fikiran tersebut masuk ke dalam kulit kau dan kau rasa seolah ingin merobek ianya keluar dan buktikan bahawa kenyataan kau benar. Maksud aku, ianya terdapat cara untuk beritahu secara jelas. Mungkin seperti apabila kau bercakap, orang di sana akan sentiasa menamatkan perbualan secara pendek atau tidak ambil berat tentang bagaimana kau akan rasa ke atas sesuatu dengan menghujah ia berkali-kali.

Jadi di sini datang persoalan: kenapa aku patut hidup dengan mengikut jangkaan orang lain sebaliknya jangkaan aku sendiri?

Atau mungkin ianya cuma aku. Dan hakikat bahawa aku telah menjual jiwa aku kepada syaitan. Oleh itu aku inginkan sangat-sangat untuk kau rasa kesakitan pada luka aku walaupun pada ketika ini, ianya agak sia-sia kerana kau telah jelas membuat keputusan dan aku tidak boleh terima hakikat bahawa aku perlu duduk diam, gembira untuk kau dan fikir tentang 'macam mana kalau?'.

— J. A.