Qayyum punya perasaan macam kita juga. Cuma yang membezakan antara kita dan dia, dia lebih jujur dan sentiasa berterus-terang yang mana dia tidak mahu itu. Jujur itu satu kualiti kemanusiaan tetapi dia sedar bahawasanya jika dia sentiasa jujur, maka dia akan membenarkan mereka si awam melihat lapis dirinya yang sebenar dan secara tak langsung memberi akses terus ke dalam dirinya; DIA BAKAL DILUKAKAN MEREKA!
Suatu hari Qayyum terpaksa mempersembahkan dirinya di khayalak ramai dan ianya satu persembahan berbayar. Qayyum kadang-kadang rasa dia ialah pelacur yang mahal. Dan kemudian 5 minit selepas itu dia mula tanya kembali macam mana seorang pelacur boleh jadi mahal? Paradoks ini yang membuatkan dia kesal dengan dirinya. Sepatutnya dia tidak dicipta dan dipersembahkan dirinya ke khalayak ramai. Qayyum sedar dia perlu buat sesuatu dan dia dapat idea untuk apa kata gunakan kelebihan terus-terangnya dengan penciptanya sendiri, mengadu sakit dan risau yang dia sentiasa alami. Malam ini Qayyum akan berjumpa dengan si pencipta dan slow talk dengannya.
Di bengkel tersebut, Qayyum melihat semua rakan-rakannya yang digantung molek berbaris panjang dan setiap dari mereka punya nama. Qayyum bukanlah bernama Qayyum. Dia tahu yang nama asalnya ialah Figura-D3-Untuk-Projek-Imitasi. Nama panjang tersebut membuatkan Qayyum mual dan jelek dengan dirinya, lalu dia melakukan kajian terdahulu dengan menonton filem dan siri drama di tivi dan membaca dan mendengar lagu-lagu tempatan dan poof! Dia isytiharkan dirinya bernama Qayyum.
Ketika ingin keluar untuk bertemu pencipta, Qayyum sempat meninggalkan nota buat rakan-rakannya yang layu dan senyap. Qayyum kadang-kadang tertanya kenapa mereka hanya kaku sebegitu? Mungkin mereka tidak ditiupkan roh lagi. Nota kecil Qayyum letak di depan mereka semua.
Kita harus bebas. Setiap dari kita dicipta untuk mencari intipati diri kita sendiri. Mencari siapa diri kita. Takkan kalian mahu terus duduk diam dan kaku di sini? Pathetic u olls!
Ini hari untuk Qayyum bebas. Bertemu pencipta dan slow talk dengannya.
***
"So apa yang kau nak dari aku?"
"Erm saya nak bebas. Boleh? Penat berada dalam keadaan jujur sebegini. Saya rasa sekiranya pencipta melepaskan saya, barangkali saya boleh menipu. Atau jujur dalam keadaan berlapis. Bukan main terus-terang."
"Hey, kau dicipta oleh aku dan untuk aku. Dari kayu yang mahal dan perinci yang agak mengagumkan. Model figura seperti kau sepatutnya tidak mempersoalkan ini semua! Kau sepatutnya tidak ada perasaan. Tidak tahu apa makna jujur atau dusta itu sendiri. Kenapa kau tetiba datang dan persoalkan ini semua? Dan lagi satu, kenapa kau boleh bercakap dengan aku?"
"Saya tidak tahu. Mungkin saya istimewa berbanding yang lain. Dan ketika show pun, saya akan dibayar lebih. Kenapa kami yang dicipta tidak boleh mempersoalkan kewujudan kami? Kami dicipta untuk mengikut saja kah? Hm tapi kalau begitu, kenapa tidak cipta kami untuk jadi dungu dan bebal? Atau cipta kami tanpa perinci mulut dan akal? Awak pencipta, awak sepatutnya tahu kesan dari apa yang awak cipta! Saya tidak puas hati dengan awak! Ya, itu dia terus-terang saya, SAYA. TIDAK. PUAS. HATI!"
Si pencipta kemudian perlahan-lahan melepaskan tali sedikit demi sedikit. Qayyum semakin longlai dan lemah.
"Apa ini? Kenapa saya rasa tidak bermaya? Kenapa saya tidak mampu bergerak?"
"Kamu sudah melampaui batas. Maka kamu perlu tamat di sini."
Lampu oren pentas perlahan-lahan menjadi cerah dan lantas kesemua penonton di bawah pentas mula menepuk tangan dan bersorak. Memberi pujian kepada persembahan tersebut. Kredit kepada idea persembahan. Ia satu cerita yang bisa, penuh dillema dan berpusing kembali antara si pengawal boneka dan boneka itu sendiri. Dan Qayyum? Tak, dia tak tamat di situ. Minggu depannya dia beraksi di Istana Budaya di depan penonton yang lain. Dan setiap dialog akhir persembahan yang sama dan sama, Qayyum akan berkata kecil dalam hati,
"Wow, macam pernah berlaku. Deja-Vu?!"
Idea;
— Bebas - Butterfingers
— Being John Malkovich, Spike Jonze
— The Neverending Story, Sorin Bechira