Terjemahan yang paling cantik ialah yang mampu bawa berat emosi sesebuah perkataan (sebelum direncana menjadi ayat), bukan hanya pada permukaan tetapi kedalaman dan aras sesebuah perkataan.
Sebelum ini aku bukan jenis ambil port pasal penterjemahan yang secara tulus sehingga aku berjumpa kembali dengan ketiga rakan aku yang dah lama tak jumpa di sebuah kopitiam. Mereka semua belajar dalam jurusan TESL maka mereka punya pengetahuan mengenai linguistik dan Bahasa Inggeris itu sendiri. Dan walaupun aku selalu menulis dalam Bahasa Melayu, aku tidak akan menutup buah fikir aku untuk menerima dakwah bahasa asing. Sebab semua bahasa merupakan istrumen perhubungan. Aku seronok mendengar apa-apa perihal pengajian mereka.
Lelaki miang — Itchy man
Ini apa yang aku dapat dari mereka ketika berbual waktu tersebut. Penterjemahan yang agak terus, janggal dan lucu aku rasa, ketika mereka menyatakan ia terjadi pada satu tulisan atau filem(?) tempatan dan diterjemah ke Bahasa Inggeris. Ianya penterjemahan terus tetapi ia lebih jujur dan kena berbanding perkataan pervert atau flirty. Berat emosi perkataan lelaki miang itu tidak mampu diterjemah ke Bahasa Inggeris dengan istilah yang tunggal dan berdiri sendiri. Ini kerana dalam perkataan dan aras maksudnya berbeza.
Lelaki miang; Lelaki yang pantang melihat wanita.
Pervert man; Lelaki yang obses ke arah wanita - dalam bentuk seksual.
Flirty man; Lelaki yang suka mengurat wanita tetapi dia lebih tenang dan romantis. Tidak miang seperti miang.
Jadi aku simpulkan di sini tiga-tiga perkataan mempunyai aras berat emosi yang lain-lain. Pervert > Miang > Flirty.
Ia tidak ada masalah untuk diterjemah jika kita hanya ingin merujuk kepada maksud permukaan perkataan tersebut tetapi ia macam mengurangkan maruah emosi perkataan tersebut. Lebih-lebih lagi jika suatu tulisan itu berbentuk fiksi dan emosi merupakan komponen penting dalam tulisan tersebut. Bayangkan novel Sehangat Asmara jika tidak diterjemah secara dasar dan hanya di bahagian permukaan, bagaimana mak cik Australia nak menangis, meratap, sedih menghayati macam mak cik Malaysia ketika membaca tulisan tersebut?
p/s: Aku peribadi lebih suka mindfuck diterjemah sebagai kongkek minda dari senggama minda. Kongkek minda lebih gelap dan berani berbanding senggama minda yang alolo comel sopannya. Sesuai dengan kata asal mindfuck itu sendiri. Oh ya dan selalunya perkataan asing ini akan diterjemah terus dengan tanda nombor kecil di atasnya dan makna perkataan tersebut akan dilampirkan di akhir tulisan atau dijelaskan di bawah mukasurat.