Pernah tak kadang-kadang kita rasa jika semuanya berlaku seperti apa yang kita nak (bermaksud gembira, seronok, dll), kita akan rasa wei ini tak bagus mesti ada sesuatu butuk akan berlaku. Ianya seperti pepatah "sekarang seronok, nanti menangis." Ia bukan sahaja membawa maksud untuk kita sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang akan berlaku tetapi ia pepatah seronok dan tidak seronok. Macam kita sedang meraikan gembira sekarang dan dalam masa yang sama kita disangka akan menangis kemudian. Perihal rasa riang dengan sedih dan seronok dalam sakit. Ianya agak pelik dan berlawanan, tetapi ia boleh terjadi. Dan selalunya benda ini terjadi kepada mereka yang telah melalui sakit dan murung yang dalam, sehingga dia mencapai dasar perit itu sendiri dan kekal duduk di dalam dasar perit tersebut.
Seperti seorang penjahat dan tebusannya. Kita letakkan si penjahat culik tebusan tersebut kerana mempunyai apa-apa motif dan kemudian si tebusan dibela dan dijaga oleh penjahat tersebut. Mula-mula si tebusan rasa apa yang berlaku sangat menyedihkan dan lama-lama secara psikologi, si tebusan tersebut boleh menyayangi si penjahat kerana si penjahat telah menjaganya lama. Si tebusan mula bergantung kepada si penjahat, mula merasakan dirinya tidak mampu hidup tanpa penjahat tersebut dan barangkali akan sampai ke satu tahap, dia akan menyayangi dan mempertahankan penjahat tersebut.
Dan ini dinamakan Stockholm syndrome.
Jadi di sini ianya sama seperti kesakitan, kemurungan dan kesedihan seseorang. Jika A terlalu lama disakiti dan kecewa maka dia akan sentiasa hidup dalam keadaan begitu dengan rasa selesa. Bergantung kepada sedih dan sakit. Dan setiap gembira yang dia akan alami, dia tidak merasakan itu merupakan pengakhiran sesuatu sedih tetapi sebaliknya; dia merasakan gembira itu permulaan untuk sesuatu yang buruk. Dan mereka yang merasakan begini, dia akan cuba sedaya upaya untuk membina tembok di sekelilingnya untuk menyelamatkan dirinya, untuk elak dirinya diselamatkan kerana dia merasakan sesiapa yang menyelamatkan dia akan mencetus harapan dan voila! mengecewakan dia lagi dan lagi. Ia satu sinikal bagi mereka yang selalu melalui kesakitan, dan ia tidak bermakna mereka adalah bijak atau cerdik untuk menilai realiti.
Realiti hidup mempunyai dua asas; sedih dan gembira dan kedua ini saling melengkapi. Tanpa salah satu rasa ini, kita tidak akan merasa kehidupan sehidup mungkin. Sedih yang dialami adalah kerana kita tahu gembira dan gembira yang dialami kerana kita tahu kesedihan. Ianya diukur atas asas tersebut. Seperti kopi. Kita yang minum kopi manis sentiasa tidak akan tahu bagaimana kopi yang manis itu sendiri dan sekiranya satu hari kita terminum kopi yang pahit, waktu itu kita akan sedar yang sebelum itu kesemuanya adalah kopi manis. Barangkali mereka yang minum kopi pahit hari-hari, bagi mereka pahit itu adalah manis. Mereka tanpa dua rasa yang berlawanan, mana mungkin tahu menilai rasa tersebut.
Dan kerana itu, aku lebih melihat bukan sedih itu sendiri tapi, apakah aras sedih tersebut. Berapa dalamkah ia? Dan atas pengaruh apa kesedihan tersebut mampu mencetuskan pelbagai laku tidak masuk akal manusia. Kita dicipta tidak sempurna dan sentiasa akan tersepit dengan kehidupan. Dan bagi mereka yang masih bernafas di luar sana, teruskan bernafas dan sila bertahan. Kita semua akan mati. Dan kita perlu mati pada masa dan waktu yang betul.