Murung paling dalam.


"Street Spirit merupakan lagu kami yang tertulen, tetapi saya tidak menulisnya. Ia menulis dirinya sendiri. Kami cuma pembawa, pemangkin biologikalnya. Terasnya adalah misteri yang sempurna dan kamu tahu, saya tidak akan sesekali untuk menulis sesuatu yang tidak punya harapan. Kesemua lagu tersedih kami paling kurang mempunyai sedikit kilauan penyelesaian. Street Spirit tidak mempunyai penyelesaian. Ianya lorong gelap tanpa cahaya di hujungnya. Ia mewakili seluruh emosi tragis yang sangat menyakitkan yang mana hanya melodinya mampu mengertikannya. Kita semua mempunyai satu cara untuk berdepan dengan lagu tersebut. Ianya digelar pengasingan (detachment). Lebih-lebih lagi saya. Saya mengasingkan lagu tersebut dari radar emosi saya, ataupun saya akan tidak mampu memainkan lagu tersebut. Ia akan retak. Ia akan berderai jatuh di atas pentas. Kerana itu liriknya hanyalah sekadar kumpulan cerita mini atau imej visual seperti mana ia bertentangan kepada penjelasan padu lagu tersebut. Saya menggunakan set imej untuk lagu tersebut yang mana saya rasa ia mungkin akan menyampaikan keseluruhan emosi lirik dan lagu tersebut bersama. Itu adalah apa yang saya maksudkan dengan keseluruhan benda ini adalah satu untuk ditelan semua. Saya maksudkan emosi keseluruhannya, kerana saya tidak mempunyai apa-apa dalam diri saya untuk membawa emosi tersebut. Saya akan retak. Peminat kami lebih berani dari saya, untuk membiarkan lagu tersebut menembusi mereka, atau mungkin mereka tidak sedar dengan apa yang mereka dengarkan. Mereka tidak sedar bahawa Street Spirit adalah tentang merenung syaitan di depan mata sendiri dan tahu, bahawa bagaimana sekalipun yang anda lakukan, neraka akan dapat ketawa terakhir dan ianya nyata dan ianya benar. Syaitan tersebut benar-benar akan dapat ketawa terakhir di dalam semua kes tanpa pengecualian, dan jika saya biarkan diri saya memikirkannya terlalu lama, saya akan retak. Saya tidak percaya kami mempunyai peminat yang mampu berdepan secara emosional dengan lagu tersebut. Itu yang menyatakan saya bahawa mereka tidak tahu ianya tentang apa. Ianya kerana kami memainkan lagu tersebut di akhir set kami. Ia menyedut saya, dan ia menggoncangkan saya, dan sangat menyakitkan. Setiap kali saya memainkan ia, melihat pada seribu manusia yang bersorak dan senyum, tidak peka terhadap tragedi maksudnya sendiri, ia seperti ketika kamu perlu menamatkan hayat anjing kamu dan dia menggoyangkan ekornya ke sana(mati). itu apa yang mereka semuanya kelihatan, dan ia memecahkan hati saya."

— Thom Yorke