Moga tercapai sehendaknya.


Kini dalam pembikinan satu novel mini/kompak yang mana aku rasa dalam bulan jun atau julai bakal siap (jika takde aral melintang). Mengisahkan jiwa pasca-mati yang bebas merewang di alam realiti dan mengikat dengan jasad bernyawa, jiwa molek bernafas atas persetujuan kontrak akal dan hati. Mungkin ia agak klise kerana motif asal laku tersebut demi berhubung dengan kekasih lamanya yang dingin atau tak dingin dengannya sebelum.

Atas sebab aku tak sabar, manuskrip awal cerita aku dah hantar ke penerbit agar ada susulan atau kritikan awal. Dan berdoa agar ia menjadi penulisan mini penuh aku yang cukup pessimis dan separa-lucu. Amin.